Thursday, May 28, 2009

Makanan Tradisional



Hinava Ginapan
Makanan tradisional Kadasandusun penampang ini diperbuat daripada ikan segar yang diperap dengan garam dan jus limau nipis. Makanan ini mementingkan kesegaran serta kebersihan untuk mencapai keenakannya. makanan tradisi juga yang terkenal ialah 'sambal' atau 'jeruk' atau lebih dikenali sebagai BOSOU atau TONSOM. Kebiasaannya, bosou ini dikenali sebagai 'tinamba'...oleh sekitar penduduk ranau. Bosou ini adalah daripada daging mentah, kebiasaannya ikan sungai atau hasil buruan. Daging atau ikan mentah ini diperam dengan nasi putih, garam, dan buah dinikmati kepayang sebagai pengawet, dan disimpan di dalam bekas (biasanya daripada tajau kecil) dan ditutup rapat selama seminggu atau sehingga betul-betul telah masak sebelum dapat dimakan. Asasnya, masakan kaum dusun ini adalah makanan yang direbus sahaja. Kebanyakan masyarakat Dusun menggemari sayur-sayuran segar sebagai hidangan yang dinikmati bersama nasi putih.

No comments:

Post a Comment